Pertandingan Lukisan & Fotografi

Seni lukis dan seni fotografi merupakan sebahagian daripada seni visual. Peranan karya seni dalam era serba moden ini menjadi bertambah bermakna apabila elemen teknologi digandingkan. Melihat kepada impak yang bakal dihasilkan, lebih-lebih lagi melalui media sosial seperti facebook, instagram, twitter, youtube dan sebagainya, karya seni dan fotografi mempunyai daya tarikan yang mengagumkan. Justeru, hasil seni sebegini merupakan perantara yang tepat untuk menarik perhatian masyarakat tempatan dan global.

Sektor yang paling sesuai untuk digandingkan dengan karya seni adalah semestinya pelancongan. Potensi mesej yang dibawa di samping tarikan visual karya seni mampu meninggalkan impak yang besar kepada pelancongan negara. Oleh yang demikian, University College of Yayasan Pahang (UCYP) dengan kerjasama Pahang Tourism dan Malaysian Council for Rehabilitation (MCR) berhasrat untuk melancarkan sebuah Pertandingan Lukisan dan Fotografi.

Poster Pertandingan

contact us