CLAPS 25
July 10, 2025 No Comments Uncategorized admin

Culture, Leadership & Art Pahang Symposium (CLAPS 25) telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Jun 2025 di UCYP University. Acara ini menghimpunkan tokoh budaya, pemimpin masyarakat, ahli akademik dan penggiat seni dalam satu platform berimpak tinggi bagi membincangkan peranan seni dan budaya dalam memperkukuh kepimpinan serta jati diri bangsa. 

Culture, Leadership & Art Pahang Symposium (CLAPS 25) yang telah berlangsung pada 4 Jun 2025 di Universiti UCYP menjadi platform penting dalam memartabatkan seni dan budaya negeri Pahang. Acara ini dianjurkan bersama oleh Tun Ghazali Shafie – Institute for Strategic Leadership (TGS-ISL) UCYP University dan Majlis Kebudayaan Negeri Pahang (MKN Pahang), dengan sokongan penuh pihak universiti dan masyarakat budaya tempatan. 

Simposium ini dibuka dengan ucaptama oleh Profesor Tjetjep Rohendi Rohidi dari Universitas Dian Nuswantoro (UDINUS), Indonesia, yang juga mengendalikan bengkel kualitatif bagi peserta berminat mendalami metodologi penyelidikan seni dan budaya. Beliau menekankan peranan seni dalam membentuk kepimpinan dan identiti budaya dalam masyarakat moden. 

Naib Canselor UCYP University, Profesor Dato’ Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd Zain, menyampaikan visi universiti dalam mengintegrasi seni dan teknologi, khususnya seni dalam era kecerdasan buatan (AI). Sesi penyampaian beliau turut diserikan dengan demonstrasi penggunaan AI dalam proses kreatif seni oleh Ts. Puan Suriyani binti Sulaiman, Ketua Pegawai Digital UCYP University, membuka peluang baru untuk inovasi dalam bidang seni dan budaya. 

Selain sesi ilmiah, CLAPS 25 dimeriahkan dengan pameran seni dan persembahan kebudayaan yang mempamerkan kepelbagaian warisan budaya Pahang, sekali gus memperkukuh usaha memartabatkan seni tempatan ke persada lebih tinggi.

About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *