Tun Ghazali Shafie Institute for Strategic Leadership
“…Saudara saudari adalah pemimpin yang lahir selepas Malaysia Merdeka. Boleh jadi, InshaAllah ada dari tuan tuan dan puan puan yang akan menjadi pemimpin negara…” – Kertas kerja Mencapai Kemerdekaan & Cabaran Kemerdekaan di Abad ke 21 oleh Tun Ghazali Shafie
Tun Ghazali Shafie meninggalkan legasi kepemimpinan bertaraf antarabangsa. Dunia mengiktiraf sumbangan beliau dalam konteks kepimpinan, bukan calang-calang, apatahlagi kita sebagai rakyat yang mempunyai sama kerakyatan dengan beliau. Menyanjungi kepemimpinannya, maka UCYP mencetus idea menubuhkan satu pusat kecemerlangan kepimpinan, Institute of Strategic Leadership, sebagai persimbolan mengenangi sumbangan, pandangan, polisi, serta sejarah yang diciptanya dalam proses pembentukan sebuah negara Malaysia sepanjang hayatnya.
“King Ghaz”, jolokan kepada anak kelahiran Kuala Lipis Pahang ini yang mendapat ijazahnya di London School of Economics pada 1954, atas sikap kepimpinan yang amat tinggi, tegas serta berwawasan bukan setakat dalam arena politik, malah dalam semua penglibatan beliau dalam kesukarelawanan, kebajikan sehinggalah ketika beliau menjawat jawatan bukan kerajaan selepas menamatkan perkhidmatan dalam barisan kabinet negara.
Yang paling terkesan adalah 5 baris ayat keramat Rukunegara atas inisiatifnya kepada prinsip perpaduan sebuah negara Malaysia.
UCYP, sebuah institusi pengajian yang mengenengahkan polisi ‘adaptif’’, positif ke arah menjadikan pusat ini sebagai pusat rujukan utama mengkhusus kepada pemikiran strategik kepimpinan yang menyedut konsep pemimpin global, semasa dan alami.
Untuk tujuan tersebut, peranan yang dimainkan pusat ini bukan setakat bertumpu kepada pembangunan individu berketerampil pemimpin, tetapi ia lebih bertumpu kepada memandu dan melebar keupayaan peminpin semasa dan pemimpin akan datang berdasarkan praktikal dan ilmiah, inovasi serta latihan.Selain itu, selaras dengan matlamat pembangunan mapan Negeri Pahang, pusat ini berhasrat membantu dalam membentuk polisi kepimpinan yang relevan dalam konteks semasa.
Fungsi
- Mengoptimumkan penciptaan nilai dalam merealisasikan implikasi positif dalam organisasi
- pusat ini akan menjadi pusat menggalakkan penerapan pimpinan kritikal dalam konteks tdbir urus sektor utama pendidikan dalam transformasi negara.
- Membangun pemikiran pemimpin selari dengan sikap mahir-keusahawanan
- menyokong pembangunan professional dan peribadi pemimpin secara berterusan melalui pelbagai aktiviti rangkaian, menyediakan sokongan mentoring dan menerima bimbingan dan nasihat dairpda para pemikir dan pengamal terkemuka dalam bidang strategi, arah dan pembangunan kepemimpinan.
- Global Thinker – pusat ini akan menjadi sumber utama pertemuan antara pemikir-pemikir dan pemimpin-pemimpin utama yang berfokus kepada pemikir di peringkat global
- Mengidea dan menyelaras program untuk senior leaders berkaitan dengan kepemimpinan
- Menyediakan standard sepertimana praktis profesionalisme dengan pemikiran kontemporari. Melalui program perundingan dan bengkel pembangunan.
- Menyumbang kepada pemahaman strategi, inovasi, perubahan dan kepimpinan yang lebih baik dengan penyelidikan berorientasikan amalan. Adalah misi kami untuk membangunkan teori pengurusan yang lebih mantap.
Nilai
Organisasi ini akan berfungsi dengan cara yang neutral menghormati kepelbagaian sejajar dengan aspirasi global dan alami dengan prinsip siddiq, amanah, tabligh, fatanah.
Aktiviti
- Leadpahang
- Postgrad Centre
- Research