Negeri Pahang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,965 km². Negeri Pahang juga kaya dengan sumber alam serta khazanah pelancongan yang boleh dibanggakan. Jumlah keseluruhan penduduk di negeri ini kira-kira 1.5 juta orang dengan kepadatan penduduk seramai 43 orang bagi setiap km². Kedudukan geografi yang strategik, kepelbagaian makanan yang unik serta panorama yang indah telah menjadikan Pahang sebagai salah satu destinasi wajib untuk dikunjungi sama ada pengunjung tempatan mahupun luar negara. Kerajaan negeri Pahang melalui Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang dengan Kerjasama UCYP akan menganjurkan Majlis Pelancaran Tema Baharu Pelancongan Negeri Pahang 2021 This is Pahang.
- Memperkenalkan destinasi dan keunikan negeri Pahang
- Meningkatkan pendedahan masyarakat tentang potensi pelancongan di negeri Pahang
- Mengetengahkan budaya tempatan bagi mengekalkan keaslian warisan negeri Pahang
- Membincangkan implikasi Covid-19 ke atas sektor pelancongan di negeri Pahang dan cara menanganinya.
18 March 2021
Majlis Pelancaran Tema Pelancongan Negeri Pahang ‘This is Pahang’
05 March 2021 – 05 April 2021
Pertandingan Lukisan & Fotografi ‘This is Pahang’
08 April 2021
International Tourism Symposium ‘This is Pahang’
Pertandingan Lukisan & Fotografi
Sektor yang paling sesuai untuk digandingkan dengan karya seni adalah semestinya pelancongan. Potensi mesej yang dibawa di samping tarikan visual karya seni mampu meninggalkan impak yang besar kepada pelancongan negara. Oleh yang demikian, University College of Yayasan Pahang (UCYP) dengan kerjasama Pahang Tourism dan Malaysian Council for Rehabilitation (MCR) berhasrat untuk melancarkan sebuah Pertandingan Lukisan dan Fotografi.
Poster Pertandingan
contact us
- ILLY ( 011 - 27006010 )
- WAN ZARIFAH (019 - 2016520)