PENGENALAN Leader Lecture Series – (Leadpahang) adalah sebuah wacana    perkongsian pengetahuan secara bersepadu, berterusan dan bersiri, suatu manifestasi platform dan medium untuk semua jentera kepimpinan khusus di Negeri Pahang untuk bertemu bertukar fikiran, membincangkan visi, hala tuju, matlamat, harapan dan perancangan yang komprehensif secara integrasi dalam merealisasikan pelan transformasi ekonomi negeri Pahang menerusi konteks keilmuan. Senarai kepimpinan yang dimaksudkan terdiri daripada ahli – ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO), ahli akademik, ketua pegawai eksekutif dari GLC dan industri, ketua-ketua jabatan negeri dan pemimpin-pemimpin signifikan. Setiap peringkat kepimpinan mempunyai peluang untuk menyampaikan syarahan dalam isu – isu terkini termasuk aspek pembentukan idea baru, pembangunan, perkongsian teknologi, cabaran mahu pun isu semasa yang relevan. Tujuan Leadpahang adalah untuk mempromosikan perkongsian pengetahuan dan nilai tambah seterusnya pelengkap kepada usaha UCYP untuk memartabatkan nilai keilmuan dan penyelidikan. Kumpulan sasaran yang terlibat adalah jabatan kerajaan persekutuan, jabatan kerajaan negeri, industri, badan berkanun, agensi swasta, NGO, belia, akademik, IPT, organisasi politik dan lain-lain. Untuk merealisasikan matlamat utama Leadpahang, program ini dijangka dijadikan sebagai program yang berterusan dan bersiri. Selain daripada itu Program Leadpahang ini juga diharapkan menjadi pemangkin kepada perkembangan idea, kemajuan dan pembangunan negeri Pahang yang seterusnya membawa kepada penyelidikan saintifik demi kepentingan negara.